Mewujudkan kehidupan yang bermakna dan memberi erti kepada kita sebenarnya sesuatu yang mudah. Namun begitu tidak ramai yang mampu sampai ke tahap yang diingini mereka. Kita selalu menganggap kehidupan yang bahagia itu sangat sukar dikecap kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Hidup sebenarnya merupakan sesuatu yang sederhana sahaja. Tetapi ramai yang berpendapat hidup adalah sangat rumit dan berliku. Kita sangat percaya pada pendapat bahawa "sebuah kehidupan itu adalah pertarungan","kita harus melakukan yang terbaik untuk itu". Pelbagai lagi andaian tentang erti kehidupan yang sering di ungkapkan. Kita lihat beberapa tip untuk mengatasi kekusutan hidup yang sering membelenggu diri setiap orang di luar sana.
1. HARUS
- sentiasa ingat ada kalanya kita tidak dapat apa yang kita inginkan tetapi anggaplah setiap hal yang terjadi itu ada terlindung hikmah yang baik untuk diri kita dan masa depan kita semdiri..
2. SAAT
- anda menyedari anda melakukan kesilapan,segera mengambil langkah untuk memperbaiki diri. Anda harus segera mengambil langkah untuk memperbaiki diri. Anda harus segera mengambil langkah untuk menyelamatkan hubungan anda, menjelaskan setiap kesalahan yang anda lakukan dan segera lah melakukan tindakan untuk menjaga keadaan dari kehancuran.
- dalam kehidupan yang lebih baik dengan penuh rasa gembira dan bahagia. Hidup dalam penghormatan beerti anda meninggalkan seberapa banyak kenangan manis yang boleh dikenang oleh orang yang berada di sekeliling anda setiap masa.
4-KEHIDUPAN
- anda akan menjadi lebih bahagia dan bermakna dengan memilih untuk sama-sama mengimbas kenangan indah sepanjang anda bergelar remaja dan sebagainya. Hidup hanya sekali,oleh itu usah sia-siakan kehidupan yang anda miliki hari ini.
5. SUASANA
- rumah yang penuh dengan kasih sayang sebenarnya merupakan terapi yang sangat baik untuk menjana kesihatan mental mahu pun fizikal kita. Seharusnya anda melakukan sesuatu perkara yang mampu mencipta suasana rumah yang harmonis dan tenang.
6. HARUS
- diingat dalam menjalinkan hubungan harmonis serta hubungan yang baik adalah bererti anda menyayangi diri anda sendiri juga. Anda harusjuga mencuba untuk memberi yang terbaik untuk orang lain.
7. KEJUJURAN
- dan kepercayaan sesama insan juga merupakan hal paling penting dalam semua jenis komunikasi. Sentiasalah berfikiran positif.
8. SENTIASA
- la berhubung dengan mereka yang sudah lama anda tidak hubungi. Tidak perlu menulis surat panjang berjela, cukup sekadar menelefon bertanya khabar berita.
9. SESEKALI
- anda boleh mencuba sesuatu yang baru, yang anda belum pernah lakukan. Bukan hanya untuk suka-suka sahaja tetapi untuk mencabar diri anda sendiri
10. SESEKALI
- apa salahnya anda aturkan percutian bersama keluarga. Tidak perlu melancong ke luar negara. Cukuplah sekadar anda " makan angin" di tempat yang anda rasa mampu menenagkan fikiran anda serta anak-anak. Waktu yang anda boleh gunakan dengan sebaik-baiknya
