Cahaya mata penyeri hidup.. Si kecil yang comel.. Mesti tak sabar kan..
Dalam kita bergembira dan teruja dengan kehadiran si comel tak lama lagi, tiba2 saja Allah beri ujian dengan keguguran.. Tapi percaya lah,pasti ada hikmah nya..
Di sini, Aini kongsikan tanda2 anda telah keguguran.. Mungkin kita tak sedar.. Tetapi itulah hakikatnya..
1) Pendarahan
Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
2) Sakit
Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
3) Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk keguguran:
1.Usia terutama 35 tahun keatas
2.Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
3.Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
4.Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
5.Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
6.Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
7.Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
8.Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
9.Pernah hamil dengan anak cacat
10.Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
11.Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
12.Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
-Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
-Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
-Gigitan ular
-Meminum cafin secara berlebihan
-Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis

Tak usahlah bersedih, Cuba lagi..Allah Maha Pemberi Rezeki..
In Sha Allah
©Copyright 2013 Asyrafiaina Health & Beauty Shoppe. All Right Reserved.