Masalah paras hemoglobin (HB) rendah merupakan antara masalah-masalah utama yang sering dihadapi ramai wanita mengandung. Malah saya juga turut pernah mengalaminya sewaktu mengandung anak ketiga..
Tahukah anda mengapa paras HB ibu mengandung lazimnya boleh menjadi lebih rendah dari biasa. Perkara ini berlaku kerana darah ibu mengandung akan meningkat sekaligus menyebabkan kurangnya kehadiran hemoglobin di dalam darah kita.
